Kenderaan rosak dihempap pokok

Beberapa batang pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pentomin U2/32, Taman TTDI Jaya, petang tadi. Foto: Kiriman pembaca Sinar Harian
Beberapa batang pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pentomin U2/32, Taman TTDI Jaya, petang tadi. Foto: Kiriman pembaca Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kenderaan yang diparkir di tepi Jalan Pentomin U2/32, Taman TTDI Jaya di sini dihempap pokok dalam kejadian angin kencang sekitar jam 5.20 petang tadi.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ila berkata, sewaktu kejadian itu, dia sedang melayari internet di rumahnya sebelum terdengar bunyi angin yang kuat dari arah luar.

"Hujan pada waktu itu tidak begitu lebat namun angin sangat kuat.

"Apabila saya lihat di luar tingkap, saya nampak sekitar empat buah kereta telah dihempap pokok yang tumbang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Antara kenderaan yang musnah dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pentomin U2/32, Taman TTDI Jaya, petang tadi. Foto: Kiriman pembaca Sinar Harian
Antara kenderaan yang musnah dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pentomin U2/32, Taman TTDI Jaya, petang tadi. Foto: Kiriman pembaca Sinar Harian

Mengulas lanjut Ila berkata, pada permulaan hujan hanya turun seperti biasa namun selepas beberapa minit, angin kencang mula menumbangkan beberapa pokok di kawasan taman ini.

"Saya amat terkejut dengan kejadian ini kerana ia berlaku sekelip mata. Bila saya lihat luar tingkap, pokok-pokok itu dah tumbang ke atas kereta," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya menerima lima kes berhubung kejadian pokok tumbang di kawasan tersebut.