6,533 sertai Peraduan Pembeli MATTA Fair

Gambar peserta yang memenangi hadiah Peraduan Pembeli MATTA FAIR di MITEC pada September lalu.
Gambar peserta yang memenangi hadiah Peraduan Pembeli MATTA FAIR di MITEC pada September lalu.
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 6,533 penyertaan diterima bagi Peraduan Pembeli sempena MATTA Fair Nasional ke-59 yang di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 4 hingga 6 September lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Mohd Hizzat berkata, jumlah tersebut menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang pameran berkenaan.

“Peraduan Pembeli menerima sebanyak 6,533 penyertaan, manakala Ride & Reels menarik 856 penyertaan kreatif yang mengetengahkan pengalaman pengunjung sepanjang MATTA Fair.

“Bagi Spin & Win pula, seramai 329 pemenang membawa pulang barangan eksklusif MATTA sepanjang berlangsungnya pameran,” katanya pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Jualan Komersial Wilayah Tengah, Malaysia Aviation Group, Claire Curtis. 

Mohd Hizzat (kanan) Claire (kiri) bersama pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembeli MATTA Fair September 2026, Evi Christine.
Mohd Hizzat (kanan) Claire (kiri) bersama pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembeli MATTA Fair September 2026, Evi Christine.

Antara hadiah ditawarkan ialah dua motosikal Honda Dash 125, peranti elektronik dan tiket penerbangan pergi balik tajaan Malaysia Aviation Group (MAG) ke destinasi antarabangsa termasuk Fukuoka, Changsha, Shenzhen, Taipei, Brisbane serta Da Nang.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan atas sokongan terhadap penganjuran peraduan kepada MAG dan Tourism Malaysia selaku rakan syarikat penerbangan rasmi serta penaja utama.

Artikel Berkaitan:

Sokongan Tourism Malaysia itu juga selari dengan usaha menggalakkan pelancongan domestik menerusi kempen Visit Malaysia 2026 – 2027.

Menurutnya, penganjuran pameran ini menyediakan platform kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan destinasi, pengalaman serta peluang pelancongan baharu.

Sementara itu, Mohd Hizzat mengucapkan tahniah dan berharap hadiah yang diterima dapat menambah pengalaman perjalanan pemenang serta menggalakkan meneroka lebih banyak destinasi kepada semua pemenang yang hadir menerima hadiah masing-masing.

“Penyertaan anda, bersama-sama sokongan pengunjung, penaja dan rakan strategik telah membantu menjadikan MATTA Fair Nasional ke-59 sebagai sebuah acara yang meriah dan meninggalkan kenangan bermakna,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!