Belanjawan2027: Anwar puji jururawat, Deena dan saudari Zira berhati mulia

KUALA LUMPUR - Dua wanita yang menunjukkan nilai kemanusiaan melalui tindakan membantu golongan memerlukan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menyebut kisah jururawat, Deena Nadzhiefa yang menyuapkan makanan kepada seorang pesakit berbangsa India, selain Zira yang memberikan makanan percuma kepada murid-murid kelaparan.
Menurutnya, kedua-dua tindakan itu mencerminkan nilai ihsan dalam masyarakat yang tidak mengenal sempadan bangsa dan perlu terus dipupuk dalam kehidupan rakyat Malaysia.
“Kita juga meraikan jururawat Deena Nadzhiefa yang menyuap makanan kepada pesakit berbangsa India. Saudari Zira, yang memberi makanan percuma kepada murid-murid yang kelaparan.
“Inilah MADANI yang dimaksudkan, apabila ihsan tidak mengenal sempadan bangsa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar turut mengumumkan pengenalan program Budi Belia yang menawarkan insentif e-dompet RM100 kepada anak muda yang melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

