Jauh daripada keluarga antara alasan doktor tolak penempatan di Sabah, Sarawak
08 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Faktor berjauhan daripada keluarga menjadi antara alasan seramai 382 pegawai perubatan gagal melapor diri bagi penempatan tetap di Sabah dan Sarawak selepas tempoh melapor diri tamat pada Rabu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain faktor keluarga, pegawai perubatan turut tidak bersedia bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman serta lebih berminat di fasiliti kesihatan kawasan bandar.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #KKM
