Belanjawan 2027: 'Harga diesel jangan mahal, kesian orang kampung'

Penduduk di luar bandar berharap kerajaan dapat menstabilkan harga diesel bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan peningkatan kos melibatkan kerja-kerja cuci kawasan kebun dan lain-lain. Gambar kecil: Abdullah
Penduduk di luar bandar berharap kerajaan dapat menstabilkan harga diesel bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan peningkatan kos melibatkan kerja-kerja cuci kawasan kebun dan lain-lain. Gambar kecil: Abdullah
A
A
A

PASIR PUTEH - Penduduk di luar bandar berharap kerajaan dapat menstabilkan harga diesel bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan peningkatan kos melibatkan kerja-kerja cuci kawasan kebun dan lain-lain.

Bagi operator jengkaut, Abdullah Hussain, 67, kenaikan harga bahan api itu bukan sekadar menambah kos perjalanan, malah memberi kesan kepada pendapatan apabila kos operasi dan sewaan turut meningkat.

Menurutnya, keadaan itu cukup dirasai penduduk yang tinggal di kampung di mana mereka bergantung kepada kenderaan dan diesel untuk mencari rezeki.

"Kalau boleh, harga (minyak diesel) stabil, jangan berubah-ubah seperti yang berlaku sebelum ini di mana harga pernah mencecah lebih RM6 seliter.

"Sebagai operator, harga diesel naik, saya boleh naikkan kadar sewa tetapi kesannya kepada pengguna," katanya ketika ditemui.

Abdullah memberitahu, harga minyak yang tinggi menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan peningkatan kos lain, sekali gus menjadikan kehidupan harian semakin mencabar.

Ujarnya, kerajaan diharap mengambil kira beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang perlu mengeluarkan wang untuk minyak diesel setiap hari.

Beliau berkata, rakyat khususnya di kawasan luar bandar berharap Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa khabar yang mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup, terutama berkaitan bahan api.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!