Tiada solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Kenyataan yang dikeluarkan Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais dalam Facebook rasmi kota suci, Haramain.
Kenyataan yang dikeluarkan Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais dalam Facebook rasmi kota suci, Haramain.
A
A
A

ANKARA - Arab Saudi menggantung solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais.

Tarawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu kenyataan di Twitter.

Kenyataan itu juga menyebut itikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan.

Selain itu, umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. - Bernama

Artikel Berkaitan: