Pengarah syarikat, pekerja kilang didakwa curi 'lori hijau', halang tugas polis

Seorang pengarah syarikat (baju putih) dan pekerja kilang plastik (baju hitam) didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencuri 'lori hijau' yang tular baru-baru ini.
Seorang pengarah syarikat (baju putih) dan pekerja kilang plastik (baju hitam) didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencuri 'lori hijau' yang tular baru-baru ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang plastik dan pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri 'lori hijau' dalam kejadian di Plentong, di sini, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Low Boon Lai, 39, dan Chai Min Quan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama mencuri sebuah lori jenis CD45 kepunyaan Max Theu Zhi Wei yang diparkir di hadapan stesen minyak Taman Perindustrian Plentong di sini jam 7.40 pagi, 30 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan, memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki ditahan kerana melarikan lori dan memandu secara berbahaya di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki ditahan kerana melarikan lori dan memandu secara berbahaya di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki ditahan kerana melarikan lori dan memandu secara berbahaya di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini.

Video berdurasi 35 saat dan gambar-gambar memaparkan aksi itu tular di media sosial.

Di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, Boon Lai yang juga pekerja kilang plastik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu lori curi tersebut secara berbahaya dengan melawan arus dan membuat pusingan ‘U’ sehingga membahayakan orang awam.

Artikel Berkaitan:

Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, pada jam 10.20 pagi, dia dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000, manakala lesen memandu digantung selama lima tahun.

Sementara itu, di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab, Boon Lai dituduh bagi dua pertuduhan lain dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan.

Dia didakwa dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu seorang anggota polis, Koperal Muhammad Nazmi Ihsan Abdullah di kawasan pentadbiran Balai Polis Pasir Putih, pada jam 8.25 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, memperuntukkan penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Lelaki tersebut kemudiannya dituduh memiliki dadah jenis methamphetamin seberat 0.7 gram di Jalan Mawar Biru, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, jam 10.20 pagi.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes-kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar dan Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal serta Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Inspektor S Vikineswary.

Mahkamah menetapkan 23 Oktober, 5 November dan 7 Disember bagi sebutan semula.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!