Trump makin hilang sokongan

Kedudukan Trump kian lemah selepas tinjauan itu mendapati pengundi kini beralih kepada Parti Demokrat. - Foto Agensi
Kedudukan Trump kian lemah selepas tinjauan itu mendapati pengundi kini beralih kepada Parti Demokrat. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON – Populariti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal pada paras terendah dengan sokongan dalam kalangan pengundi Hispanik merosot menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November depan.

Keputusan tinjauan selama enam hari yang dikeluarkan Reuters/Ipsos pada Isnin mendapati hanya 32 responden berpuas hati dengan prestasi Trump sebagai Presiden, kekal pada paras sama seperti September ketika tahap sokongan terhadap kepimpinannya mencatat rekod tercorot dalam kerjaya politiknya.

Pengundi Hispanik antara kelompok yang menyumbang kepada kemenangan Trump dalam Pilihan Raya Presiden 2024, dengan hampir separuh daripada mereka memberikan sokongan kepada calon Republikan itu berbanding kira-kira satu pertiga pada pilihan raya 2020.

Bagaimanapun, sokongan terhadapnya semakin merudum dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini ketika rakyat AS berdepan tekanan inflasi susulan keputusan Trump untuk melancarkan perang tiada kesudahan dengan Iran.

Ketika ini, hanya 24 peratus rakyat berketurunan Hispanik menyokong pentadbiran Trump di Rumah Putih yang merupakan paras terendah sepanjang dua penggal pentadbirannya.

Tinjauan itu turut menunjukkan kedudukan Trump yang lemah dijangka memberi tekanan kepada Republikan apabila 44 peratus pengundi berdaftar lebih cenderung berpihak kepada Demokrat berbanding 37 peratus kepada parti tersebut.

Dalam kalangan pengundi bebas, Demokrat turut mendahului dengan 37 peratus sokongan berbanding 21 peratus kepada Republikan manakala 28 peratus masih belum membuat pilihan.

Hanya 26 peratus pengundi Hispanik berdaftar mahu mengundi calon Republikan. Keputusan pilihan raya itu menentukan parti yang akan menguasai kedua-dua dewan Kongres bagi tempoh dua tahun terakhir penggal Trump.

Sebanyak 52 peratus pengundi Hispanik pula berhasrat mengundi Demokrat yang merupakan kelebihan terbesar parti itu sejak Trump menjadi Presiden.

Artikel Berkaitan:

Parti Republikan kini bersiap sedia menghadapi keputusan kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Kongres. Ramai penganalisis meramalkan Demokrat akan menguasai majoriti di Dewan Perwakilan manakala persaingan di Senat juga kian sengit.

Kos sara hidup menjadi isu utama yang diberi perhatian rakyat AS dengan inflasi pengguna turut melonjak susulan kenaikan harga petrol dan diesel akibat perang dengan Iran yang dilancarkan Trump pada 28 Februari lalu. - Agensi

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!