Jari kanak-kanak tersepit di lubang singki

Mohd Asyraf Hakimi terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam selepas jari tangan kanannya tersepit pada penutup lubang sinki di rumahnya di Kampung Sawah, Jalan Mersing-Endau, Mersing malam tadi.
Mohd Asyraf Hakimi terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam selepas jari tangan kanannya tersepit pada penutup lubang sinki di rumahnya di Kampung Sawah, Jalan Mersing-Endau, Mersing malam tadi.
A
A
A

MERSING - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam selepas jari tangan kanannya tersepit pada penutup lubang singki di rumahnya di Kampung Sawah, Jalan Mersing-Endau di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.36 malam itu, Mohd Asyraf Hakimi Abd Rahman, 6, pada mulanya bermain-main di dapur sebelum memasukkan jari ke dalam penutup lubang singki, tetapi tidak dapat menarik semula tangannya kerana tersekat.

Ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian cuba mengeluarkan jari mangsa tetapi gagal sebelum meminta bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing.

Ketua BBP Mersing, Penolong Pegawai Bomba Mohd Azhari Awi berkata, seramai 10 anggota diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussien dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong penutup besi sinki berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong penutup besi sinki berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

"Kita mengambil masa 15 minit untuk memotong penutup besi singki berkenaan dengan menggunakan peralatan khas. Kita terpaksa berhati-hati dan mengambil masa memotongnya kerana besi singki itu panas apabila dipotong.

"Pihak bomba juga berusaha menenangkan kanak-kanak itu yang menangis ketika kami memotong besi itu dengan menyuruhnya menutup mata, membaca surah selain bercakap dengannya supaya hilang tumpuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, pemotongan penutup lubang singki tersebut berjaya dilakukan pada jam 12.07 tengah malam dan kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: