SPR dimaklumkan kekosongan kerusi Parlimen Petaling Jaya - Timbalan Speaker

Pada 2 Oktober, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Pada 2 Oktober, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung pada 2 Oktober.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor memaklumkan perkara itu pada permulaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin.

"Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Ahli Parlimen berkenaan selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada 2 Oktober, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ramli turut memaklumkan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berkuat kuasa pada 1 Oktober.

Susulan itu, beliau berkata, Majlis Perkhidmatan Parlimen akan ditubuhkan dan bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!