20 maut dalam kemalangan empat kenderaan di Nigeria

Kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya mengorbankan 20 orang di negeri Plateau, utara tengah Nigeria,
Kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya mengorbankan 20 orang di negeri Plateau, utara tengah Nigeria,
A
A
A

LAGOS - Kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya mengorbankan 20 nyawa di negeri Plateau, utara tengah Nigeria.

Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan Nigeria (FRSC) memberitahu, kemalangan yang berlaku pada petang Jumaat di Jalan Hawan Kibo-Jos itu membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori, kereta, bas dan motosikal.

Jurucakap FRSC, Osondu Ohaeri berkata, hasil siasatan awal mendapati kegagalan brek dan kehilangan kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan.

“Kemalangan tersebut membabitkan 25 individu terdiri daripada 23 lelaki dan dua wanita. Daripada jumlah itu, lima orang iaitu tiga lelaki dan dua wanita mengalami kecederaan, manakala 20 lelaki maut.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Nigeria berikutan keadaan jalan yang kurang diselenggara selain peraturan lalu lintas yang sering tidak dipatuhi," katanya.

Menurut statistik FRSC, sebanyak 10,446 kemalangan direkodkan pada 2025 dengan mengakibatkan 5,289 kematian.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 1,347 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada suku pertama 2026.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!