Dua lelaki sesat ketika mendaki di Botanical Garden ditemukan selamat

 Dua lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan hutan Taman Belia, Botanical Garden di sini petang tadi ditemukan dalam keadaan selamat oleh anggota bomba. - Gambar hiasan
Dua lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan hutan Taman Belia, Botanical Garden di sini petang tadi ditemukan dalam keadaan selamat oleh anggota bomba. - Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Dua lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan hutan Taman Belia, Botanical Garden di sini petang tadi ditemukan dalam keadaan selamat oleh anggota bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.11 petang berhubung kejadian itu, dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerah ke lokasi.

"Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat berpandukan lokasi yang dikongsi mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan pencarian turut disertai tiga anggota polis.

"Kedua-dua mangsa, Muhammad Hakim Razali dan Muhammad Faiz Abdul Wahab, masing-masing berusia 25 tahun, ditemukan pada 7.42 malam dalam keadaan selamat kira-kira dua kilometer dari kaki bukit," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 7.50 malam. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!