Menyingkap sejarah komuniti Bukit Malut

Seorang penduduk Bukit Malut menyusun pelbagai jenis ikan untuk dikeringkan sebelum dijual di sekitar kawasan Langkawi. Foto Bernama
Seorang penduduk Bukit Malut menyusun pelbagai jenis ikan untuk dikeringkan sebelum dijual di sekitar kawasan Langkawi. Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Menghadap laluan strategik Selat Melaka, pesisir Bukit Malut di sini padat dengan rumah berdindingkan papan dan juga zink yang dibina tinggi di atas air, menzahirkan pemandangan sebuah perkampungan air yang biasa ditemukan di Sabah khususnya.  

Sejak penubuhan hingga sekarang, iaitu sudah lebih empat dekad, petempatan ini dikaitkan sebagai "kawasan Rohingya" dan pendatang tanpa izin.

Malah, jika dijengah laman media sosial, tidak ada khabar indah dikongsikan oleh netizen tentang Bukit Malut yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah ini. 

Komuniti Bukit Malut adalah keturunan rakyat Kedah yang dihantar ke Burma sebagai buruh paksa oleh Jepun, bagi membina rel kereta api yang dikenali sebagai landasan kereta api maut.  

Selepas perang tamat, sebahagian daripada buruh paksa yang berasal dari Kedah ini tidak kembali ke tanah air, sebaliknya menetap di Ranong, iaitu kawasan selatan berhampiran sempadan Thailand dan Myanmar. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!