Anjur parti liar, 20 lagi individu ditahan

Lima lelaki dan dua wanita ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Johor Bahru, Johor semalam. (Ihsan PDRM)
Lima lelaki dan dua wanita ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Johor Bahru, Johor semalam. (Ihsan PDRM)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan 20 individu termasuk lima wanita selepas menganjurkan parti liar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tiga serbuan berasingan di Masai, Pasir Gudang dan daerah ini sejak Sabtu lalu hingga awal pagi hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan pertama pada jam 11.30 malam Sabtu lalu, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 27 tahun di sebuah rumah inap desa di Masai, Pasir Gudang.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek menyewa rumah berkenaan untuk berkumpul semasa PKP dilaksanakan selain ujian air kencing adalah negatif.

"Serbuan kedua pula pada jam 1 pagi semalam, kita tahan lima lelaki dan dua wanita berusia 21 hingga 26 tahun di sebuah apartmen di sekitar Johor Bahru selepas disyaki berpesta dadah.

"Semasa serbuan menemui 50 gram dadah jenis ketamin selain hasil ujian saringan mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan methamphetamin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, semakan rekod lampau terhadap mereka mendapati kedua-dua wanita berkenaan memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah.

Menurut beliau, dalam serbuan ketiga pada jam 1 pagi hari ini di sebuah rumah homestay di Tanjung Puteri di sini, seramai enam lelaki dan tiga wanita diberkas masing-masing berusia 18 hingga 25 tahun.

Katanya, lima daripada suspek positif dadah jenis ketamin dan ganja selain dua daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Peraturan 11, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Selain itu, kita juga siasat mereka yang memiliki dan positif dadah mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.