Prabayar RM8 dapat 1GB percuma, kredit RM5

RedONE Mobile memperkenalkan The ONE Prepaid dengan pek permulaan serendah RM8 yang menawarkan bonus pengaktifan 1GB data percuma serta kredit RM5 percuma kepada pelanggan.
Pengenalan tawaran baharu itu bertujuan memberikan pengalaman prabayar yang lebih mudah, fleksibel dan mesra pengguna tanpa komitmen yang rumit, selain membolehkan pelanggan menikmati pelbagai ganjaran sepanjang tempoh penggunaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Mobile, Farid Yunus berkata, The ONE Prepaid turut menawarkan pelbagai pilihan pelan internet mudah alih yang disesuaikan dengan corak penggunaan pelanggan.
“Pendekatan yang tidak rumit bermaksud memastikan segala-galanya mudah untuk pelanggan, manakala lebih memberi ganjaran pula bermaksud memberikan sesuatu yang lebih daripada sekadar data yang digunakan.
“Itulah yang ingin kami bawakan menerusi The ONE Prepaid, iaitu pengalaman prabayar yang mudah dari awal dengan pelbagai manfaat tambahan sepanjang penggunaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, pelanggan yang membuat port-in atau bertukar ke The ONE Prepaid turut menerima kredit percuma RM5 setiap bulan selama enam bulan.
Farid berkata, pelanggan juga boleh menikmati liputan rangkaian 5G di seluruh negara serta memilih pelan internet mudah alih mengikut keperluan masing-masing.
“Bagi pengguna yang mencari pilihan mampu milik untuk kegunaan harian, pelan MI ONE25 menawarkan 180GB pada harga RM25 untuk tempoh 30 hari.
“Kami turut menawarkan pilihan lain dengan harga bermula serendah RM3 bagi pas harian sehingga RM38 untuk pelan tahunan,” katanya.
Selain itu, pelanggan berpeluang mengumpul mata ganjaran redCOINS menerusi aplikasi redONE Prepaid yang boleh ditebus dengan pelbagai hadiah dan baucar menarik.
Menurut beliau, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah yang lebih besar menerusi pelbagai cabutan khas yang disediakan.
“Pelanggan yang menaik taraf kepada pelan redONE Postpaid selepas enam bulan pula akan menerima telefon pintar 5G secara percuma,” katanya.
The ONE Prepaid yang menyasarkan pelbagai segmen pengguna termasuk golongan belia dan pelajar kini boleh didapati di semua kedai redONE Mobile, Rakan Niaga serta pengedar prabayar di seluruh negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

