KPDNHEP digesa pantau kenaikan harga barangan di kedai runcit

Kelihatan seorang pekerja Alam Flora membersihkan di sekitar kawasan laluan keluar masuk ke arah jalan yang menghubungkan Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Jalan Masjid India. -Foto Bernama
Kelihatan seorang pekerja Alam Flora membersihkan di sekitar kawasan laluan keluar masuk ke arah jalan yang menghubungkan Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Jalan Masjid India. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa melakukan operasi bagi mengesan kenaikan harga barangan di kedai runcit di kawasan pedalaman dan perumahan.

Presiden Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM), Varatharajoo K Murugan berkata, permintaan tinggi terhadap barangan keperluan antara punca kenaikan harga di kawasan terbabit.

“Kami menerima aduan pengguna menghadapi tekanan kerana peningkatan harga barang runcit dan sayur-sayuran di kawasan luar bandar.

“Persatuan bersimpati terhadap golongan B40 dan M40 yang terpaksa berdepan masalah itu ketika Covid-19. Kami menyarankan KPDNHEP melakukan operasi secara rawak di kedai runcit di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, harga ubat-ubatan seperti Panadol dan peralatan perubatan turut mengalami peningkatan harga yang mendadak akibat penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pengguna supaya berani membuat aduan jika mendapati harga barangan lebih mahal dari harga yang ditetapkan kerajaan.

“Mereka juga disaran supaya tidak melakukan pembelian panik dan perlu berwaspada ke atas barangan yang dibeli seperti melihat tempoh tarikh luput barang tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan: