Banjir kilat landa kawasan sekitar Shah Alam, Klang

Perkongsian menerusi aplikasi Threads memaparkan keadaan beberapa laluan utama yang dinaiki air sehingga menyebabkan pergerakan kenderaan terjejas. Foto media sosial
Perkongsian menerusi aplikasi Threads memaparkan keadaan beberapa laluan utama yang dinaiki air sehingga menyebabkan pergerakan kenderaan terjejas. Foto media sosial
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan sekitar Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan pada Rabu.

Perkongsian menerusi aplikasi Threads memaparkan keadaan beberapa laluan utama yang dinaiki air sehingga menyebabkan pergerakan kenderaan terjejas.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk sekitar Seksyen 7 dan Desa Alam, Shah Alam, selain laluan dari Klang menghala ke Shah Alam serta kawasan Bandar Baru Klang.

Menerusi satu hantaran, seorang pengguna Threads memaklumkan keadaan banjir di laluan dari Klang menghala ke Shah Alam, selain menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif menghala Bandar Baru Klang.

Bagaimanapun, maklumat mengenai kedalaman air serta jumlah kawasan terjejas akibat kejadian itu masih belum dapat disahkan.
Bagaimanapun, maklumat mengenai kedalaman air serta jumlah kawasan terjejas akibat kejadian itu masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, satu lagi hantaran memaklumkan laluan dari pusat bandar raya Shah Alam menghala ke Seksyen 7 turut dinaiki air.

Rakaman yang dikongsikan menunjukkan keadaan jalan dinaiki air ketika hujan lebat sehingga jarak penglihatan pengguna jalan raya terjejas.

Turut dikongsikan gambar dari kawasan berhampiran Desa Alam yang menunjukkan air bertakung di laluan berdekatan kawasan perindustrian.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, satu hantaran pada kira-kira jam 4.40 petang memaklumkan keadaan banjir di laluan berhampiran Seksyen 7 dan Desa Alam.

Selain itu, turut dikongsikan keadaan di dalam kawasan parkir Jabatan Hubungan Antarabangsa UiTM Shah Alam turut dinaiki air.

Beberapa gambar dan rakaman yang dikongsikan di media sosial turut menunjukkan kenderaan bergerak perlahan ketika melalui laluan yang dinaiki air.

Bagaimanapun, maklumat mengenai kedalaman air serta jumlah kawasan terjejas akibat kejadian itu masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan ringkas memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung banjir kilat buat masa ini.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!