Doktor selamatkan pengawal keselamatan rebah

SCMP memaparkan doktor melakukan CPR kepada pengawal keselamatan yang pengsan tiba-tiba.
SCMP memaparkan doktor melakukan CPR kepada pengawal keselamatan yang pengsan tiba-tiba.
A
A
A

BEIJING - Seorang pengawal keselamatan di Beijing, China bernasib baik apabila diselamatkan oleh seorang doktor selepas rebah dan pengsan ketika bertugas.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook South China Morning Post (SCMP), doktor bernama Zhu Haoyu yang melihat kejadian tersebut dari dalam keretanya terus berlari ke arah pengawal yang terbaring di atas jalan raya.

Zhu Haoyu bertindak pantas melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) selepas memeriksa keadaan pengawal berkenaan.

Ketika doktor wanita itu hampir sahaja ingin memberikan bantuan pernafasan, pengawal berkenaan mula bergerak dan didapati stabil sebaik sahaja ambulan tiba di tempat kejadian.

“Dia bernasib baik kerana doktor ada di tempat kejadian, tahniah kepada ahli medik yang sentiasa pantas,” tulis SCMP.

Hantaran berkenaan mendapat 1,700 tanda suka dan 109 komen.

Video kiriman SCMP memaparkan doktor berkenaan mula melakukan CPR kepada pengawal tersebut.
Video kiriman SCMP memaparkan doktor berkenaan mula melakukan CPR kepada pengawal tersebut.

Artikel Berkaitan: