Kaki tersepit dalam mangkuk tandas

Anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki mangsa.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki mangsa.
A
A
A

JENGKA - Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit di dalam lubang tandas rumahnya di Felda Jengka 25 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kaki kiri mangsa yang berusia 12 tahun itu berjaya ditarik keluar oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, Penolong Penguasa Bomba, Raja Mohd Arif Raja Shamsudin berkata, seorang pegawai dan enam anggota dari BBP bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.38 pagi mendapati kaki mangsa telah tersepit di dalam lubang mangkuk tandas terbabit.

"Anggota terlibat memecahkan mangkuk tandas sebelum mengeluarkan kaki mangsa kira-kira 15 minit kemudian.

"Mangsa kemudiannya diberikan rawatan oleh anggota terlibat sebelum operasi tamat pada jam 12.10 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: