Lelaki China hilang ditemui dirawat di Wad Psikiatri HKL

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki China yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak beberapa hari lalu ditemui selamat pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, lelaki berusia 54 tahun itu dijumpai pada jam 11.30 malam dalam keadaan sihat.
"Lelaki tersebut sedang menerima rawatan di Wad Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL). Polis masih menyiasat punca lelaki terbabit hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Sinar Harian sebelum itu melaporkan, kehilangan lelaki itu diterima polis pada jam 3.36 pagi, Jumaat lalu sebelum kes diklasifikasi di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang.
Kali terakhir telefon lelaki itu dikesan di kawasan sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sebelum ini kehilangan lelaki dikenali sebagai Ishaq menjadi tular dan berdasarkan hantaran di media sosial, lelaki tersebut datang ke Malaysia untuk menghantar cucunya belajar.
Lelaki itu juga dikatakan sempat menghubungi keluarganya di China pada 22 September sebelum hilang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
