Atiqullah rangkul Tali Pinggang Sinar Harian

Muhammad Nasir (kiri) bersama Muhammad Atiqullah (dua dari kiri) yang mengungguli Tali Pinggang Sinar Harian pada kejohanan Kuda Merah International Muaythai Challenge 2026 Super Championship pada Ahad.
Muhammad Nasir (kiri) bersama Muhammad Atiqullah (dua dari kiri) yang mengungguli Tali Pinggang Sinar Harian pada kejohanan Kuda Merah International Muaythai Challenge 2026 Super Championship pada Ahad.
A
A
A

PETINJU Muay Thai dari Kelab Kapak Emas, Muhammad Atiqullah Zulkarnain mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul Tali Pinggang Sinar Harian pada kejohanan Kuda Merah International Muaythai Challenge 2026 Super Championship pada Ahad.

Pada aksi mendebarkan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu, Atiqullah berjaya menewaskan pencabarnya, Ali Kecik dari kelab AWG Muay Thai menerusi keputusan juri.

Menyifatkan kejayaan itu sebagai rezeki yang amat bermakna, Atiqullah turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diterima sepanjang kejohanan tersebut.

"Syukur ke hadrat ALLAH yang memberi saya nikmat dan rezeki pada kali ini. Saya juga sangat gembira dapat menang tali pinggang Sinar Harian dan kejayaan ini sangat bermakna," katanya.

Tali pinggang Sinar Harian disampaikan oleh Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Mengulas lanjut mengenai pertarungan tersebut, Atiqullah mengakui dia pada awalnya menyasarkan untuk menumbangkan lawannya secara knockout (KO), namun terpaksa akur dengan ketahanan dan kehebatan yang ditunjukkan oleh Ali Kecik.

Muhammad Atiqullah
Muhammad Atiqullah

"Tiada rezeki untuk saya tumbangkan dia sebab saya memang sasar nak KO kan dia. Tapi dia pun kuat, dia adalah lawan yang sama-sama kuat.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak pernah memandang rendah setiap lawan saya. Terima kasih juga kepada Ali Kecik kerana memberi peluang kepada saya untuk bertarung dengannya," ujarnya.

Mengenai perancangan masa depannya di gelanggang Muay Thai, petinju berusia 22 tahun itu bertekad untuk terus melipatgandakan usaha bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang.

"InsyaALLAH, saya akan berusaha untuk cabaran perlawanan seterusnya. Untuk pertarungan akan datang, sekali lagi saya mahu membuktikan kemampuan diri dan memperkuatkan lagi prestasi saya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!