Haiwan pun patuhi penjarakkan sosial

No Image Caption
A
A
A

PERKONGSIAN beberapa gambar haiwan yang berehat dan berada di tempat awam dalam keadaan penjarakan di Portal Bored Panda menarik perhatian netizen.

Ramai yang berseloroh dan menyifatkan haiwan juga memahami situasi dunia yang kini sedang berhadapan wabak koronavirus (Covid-19).

Gambar yang memaparkan burung merpati, kucing, rusa dan itik itu turut menarik netizen untuk menulis pelbagai komen lucu dan tidak kurang juga mahu manusia mengikut contoh haiwan berkenaan.

No Image Caption

Pentadbir portal berkenaan menulis kapsyen, "Sekiranya semua orang mencontohi makhluk halus ini, pasti kita telah mengurangkan penularan wabak dengan lebih cepat."

Kiriman itu mendapat reaksi netizen.

“Senang bukan, tapi kenapa manusia susah sangat nak faham,” komen Lily Bostick manakala Vivi Da Poo pula menulis, “Kucing pun pandai beri contoh."

Artikel Berkaitan: