Kerajaan sambut baik syarikat swasta lakukan sanitasi awam

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Kerajaan menyambut baik permohonan syarikat swasta yang ingin membuat sanitasi awam sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, ia perlu mengikut peraturan dan nasihat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu katanya, operasi tersebut juga perlu berada di bawah pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Semalam, sebanyak 163 operasi sanitasi meliputi 56 zon di 11 negeri termasuk 49 kawasan di Perak dan 37 kawasan di Johor.

“Operasi sanitasi semalam merangkumi 444 bangunan kerajaan, 64 tempat awam, 102 pusat perniagaan dan 10 pasar raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Katanya, Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac telah melakukan 2,790 operasi sanitasi di 105 zon termasuk di 30 Zon Merah.

Artikel Berkaitan: