Mengapa kebakaran, jerebu Indonesia terus berulang?

Anggota bomba memadam kebakaran hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. Foto: AFP, Agensi
Anggota bomba memadam kebakaran hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. Foto: AFP, Agensi
A
A
A

OGAN ILIR – Kebakaran hutan dan tanah yang berulang di Indonesia terus menjadi ancaman serantau apabila asap tebal merentasi sempadan hingga menjejaskan negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Filipina.

Di Sumatera Selatan, Salahuddin, 60, antara penduduk terjejas selepas kebakaran memusnahkan sebahagian besar kebun seluas empat hektar miliknya di Ogan Ilir, termasuk pokok kelapa sawit dan mangga.

Anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran hutan dan tanah di Banjar, Kalimantan Selatan. Foto: AFP, Agensi
Anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran hutan dan tanah di Banjar, Kalimantan Selatan. Foto: AFP, Agensi

Punca kebakaran di tanahnya masih belum diketahui, namun pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti aktiviti manusia sama ada disengajakan atau tidak sebagai faktor utama ribuan kebakaran yang berlaku tahun ini.

Pelajar menjalani latihan kawad ketika jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di perkarangan Masjid Raya Mujahidin, Pontianak, Kalimantan Barat. Foto: AFP, Agensi
Pelajar menjalani latihan kawad ketika jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di perkarangan Masjid Raya Mujahidin, Pontianak, Kalimantan Barat. Foto: AFP, Agensi

Antara puncanya ialah penggunaan api untuk membersihkan tanah pertanian dan perladangan kerana kaedah itu dianggap lebih murah dan pantas, selain pembakaran terbuka bagi melupuskan sampah.

Keadaan diburukkan oleh fenomena El Nino luar biasa kuat yang digelar ‘Godzilla’, membawa cuaca panas melampau dan kemarau berpanjangan sehingga menyebabkan tumbuh-tumbuhan sangat kering serta mudah terbakar.

Artikel Berkaitan:

Kesan kebakaran hutan yang telah dipadamkan berhampiran kawasan ladang di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. Foto: AFP, Agensi
Kesan kebakaran hutan yang telah dipadamkan berhampiran kawasan ladang di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. Foto: AFP, Agensi

Menurut Kementerian Perhutanan Indonesia, lebih 200,000 hektar tanah terbakar antara Januari hingga Julai, meningkat 69 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan 47 peratus berbanding tujuh bulan pertama 2019.

Asap daripada kebakaran itu dilaporkan bergerak sejauh ribuan kilometer hingga menjejaskan Malaysia, Singapura dan Filipina.

Helikopter pemadam kebakaran Black Hawk milik BNPB berada di landasan Lapangan Terbang Tjilik Riwut, Palangkaraya, Kalimantan Tengah, diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan. Foto: AFP, Agensi
Helikopter pemadam kebakaran Black Hawk milik BNPB berada di landasan Lapangan Terbang Tjilik Riwut, Palangkaraya, Kalimantan Tengah, diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan. Foto: AFP, Agensi

Usaha menghentikan amalan pembakaran tanah turut berdepan cabaran kos apabila pembersihan secara mekanikal boleh menelan belanja antara 10 juta hingga 20 juta rupiah (RM2,280-RM4,545) bagi setiap hektar.

Pakar sains alam sekitar Universiti Indonesia, Mahawan Karuniasa berkata, masalah itu bukan sekadar berkaitan ketegasan undang-undang, tetapi juga konsistensi penguatkuasaan dan ketersediaan alternatif kepada masyarakat.

Jerebu beracun menyelubungi sebahagian kawasan Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak beberapa minggu lalu susulan kebakaran yang memusnahkan kawasan luas di Borneo dan Sumatera. Foto: AFP, Agensi
Jerebu beracun menyelubungi sebahagian kawasan Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak beberapa minggu lalu susulan kebakaran yang memusnahkan kawasan luas di Borneo dan Sumatera. Foto: AFP, Agensi

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pula menggesa tindakan lebih tegas dan mencadangkan pembakaran sengaja serta pembakaran sampah boleh diklasifikasikan sebagai ‘keganasan ekologi’.

Setakat 16 September, polis mengenal pasti 162 suspek membabitkan 219 kes kebakaran, manakala Kementerian Perhutanan menggantung permit 26 syarikat dan 95 lagi masih disiasat.

Salahuddin, 60, berdiri di kawasan ladangnya seluas empat hektar di Ogan Ilir, Sumatera Selatan yang musnah akibat kebakaran hutan. Foto: AFP, Agensi
Salahuddin, 60, berdiri di kawasan ladangnya seluas empat hektar di Ogan Ilir, Sumatera Selatan yang musnah akibat kebakaran hutan. Foto: AFP, Agensi

Lebih 22,000 titik panas turut dikesan di seluruh Indonesia setakat 21 September dengan tumpuan utama di beberapa kawasan Kalimantan dan Sumatera Selatan.

Aktivis alam sekitar bagaimanapun menegaskan penguatkuasaan perlu turut menyiasat pihak yang menguasai dan mendapat keuntungan daripada tanah terbakar, bukan sekadar individu yang memulakan api. - Agensi

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!