Angin baratan kencang dijangka melanda utara Semenanjung bermula esok

MetMalaysia memaklumkan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Semenanjung dari esok hingga Ahad ini. Foto hiasan
MetMalaysia memaklumkan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Semenanjung dari esok hingga Ahad ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penumpuan angin baratan yang kencang dijangka berlaku di utara Semenanjung dari esok hingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di platform X memaklumkan, keadaan itu berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang boleh membawa ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terlibat.

Pada masa sama, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan rujukan kepada Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), bilangan titik panas masih kekal banyak di Kalimantan dan berpotensi mengakibatkan cuaca berjerebu serta jarak ketampakan rendah di barat Sarawak dalam tempoh ramalan.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!