Gagal seludup buah mata kucing

Buah mata kucing yang dirampas dari sebuah lori di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.
Buah mata kucing yang dirampas dari sebuah lori di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyekat cubaan membawa masuk buah mata kucing bernilai RM850 di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Sabtu lalu.

Pengarah Maqis Kedah, P Lily Rosalind berkata, buah mata kucing seberat 340 kilogram itu dibawa masuk dari Thailand.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, anggota penguatkuasa Maqis menemui buah itu di dalam lori berkenaan tetapi tiada dokumen sah.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit sah adalah suatu kesalahan bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728] dan boleh dihukum bawah Seksyen 11(3) bawah Akta sama," katanya melalui kenyataan hari ini.

Lily Rosalind berkata, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Buah mata kucing yang cuba dibawa masuk dari Thailand tanpa dokumen sah, yang dirampas anggota Maqis Kedah.
Buah mata kucing yang cuba dibawa masuk dari Thailand tanpa dokumen sah, yang dirampas anggota Maqis Kedah.

Artikel Berkaitan: