Memoir adik Puteri Diana cetus kontroversi

LONDON – Memoir baharu tulisan adik Puteri Diana, Charles Spencer mencetuskan kontroversi selepas memuatkan beberapa dakwaan mengenai Raja Charles III.
Buku Swan Song: Diana, My Sister yang mula dijual pada Selasa itu, diterbitkan hampir tiga dekad selepas Diana maut dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997.
Spencer mendakwa Charles pernah memberitahunya bahawa Diana akan ‘dilupakan tidak lama lagi’ menerusi panggilan telefon selepas kematiannya.
Istana Buckingham bagaimanapun membalas dakwaan itu dengan menyatakan kesedihan kehilangan saudara boleh mempengaruhi pertimbangan dan ingatan seseorang.
Spencer tetap mempertahankan keterangannya dan berkata memoir tersebut bertujuan memperbetulkan ‘ketidakbenaran’ mengenai Diana yang menurutnya diterima selama bertahun-tahun.
Buku setebal 384 halaman itu turut mendedahkan beberapa episod sukar kehidupan Diana termasuk ketika perkahwinannya dengan Charles. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

