China pecat dua jeneral tertinggi

Youxia (kiri) dan Zhenli melakukan ketidaksetiaan serta rasuah. Foto Agensi
Youxia (kiri) dan Zhenli melakukan ketidaksetiaan serta rasuah. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Kerajaan China memecat dua pegawai kanan tenteranya, Zhang Youxia dan Liu Zhenli daripada Parti Komunis China (PKC) serta angkatan tentera susulan dakwaan tidak setia, rasuah dan pelanggaran disiplin serius.

Youxia merupakan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), badan pemerintahan tertinggi tentera China, manakala Liu ialah anggota CMC dan Ketua Jabatan Staf Bersama.

Siasatan terhadap kedua-duanya diumumkan pada Januari sebelum mereka disingkirkan daripada CMC pada akhir Ogos lalu.

Menurut dokumen rasmi dipetik Xinhua, Youxia dan Zhenli didakwa melanggar disiplin politik, membentuk puak, menyalahgunakan kuasa serta terbabit rasuah membabitkan jumlah sangat besar.

Pemecatan mereka diluluskan dalam mesyuarat Politburo yang dipengerusikan Presiden Xi Jinping pada Isnin, manakala kes berkenaan akan diserahkan kepada pendakwa raya tentera. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!