10 maut serangan tembakan di Kanada

Pihak berkuasa Kanada sedang mengawal kawasan kejadian 10 orang maut di Nova Scotia, Kanada selepas seorang lelaki bersenjata yang berpakaian pegawai Polis Diraja Kanada (RCMP) melepaskan tembakan, -Foto Sumber Internet

A
A
A

KANADA - Sekurang-kurangnya 10 orang maut di Nova Scotia, Kanada selepas seorang lelaki bersenjata yang berpakaian pegawai Polis Diraja Kanada (RCMP) melepaskan tembakan, lapor agensi berita Anadolu memetik polis semalam.

Seorang anggota RCMP turut maut dan seorang lagi pegawai cedera. Suspek kemudian ditembak mati oleh anggota polis.

Tiada butiran lanjut mengenai mangsa yang maut dikeluarkan setakat ini, namun kejadian berlaku di beberapa lokasi di wilayah itu.

Suspek, Gabriel Wortman, 51, memandu sebuah kereta yang diubah suai seperti kenderaan RCMP.
Suspek, Gabriel Wortman, 51, memandu sebuah kereta yang diubah suai seperti kenderaan RCMP.

Kejadian itu bermula sebelum tengah malam kelmarin dan berlanjutan sehingga semalam, suspek Gabriel Wortman, 51, memandu sebuah kereta yang diubah suai seperti kenderaan RCMP.

Serangan bermula di sebuah perkampungan kecil Portapique di Nova Scotia, tempat suspek tinggal dihuni kira-kira 300 penduduk.

Polis masih belum selesai menjalankan siasatan di semua lokasi serangan, tetapi mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya 10 mangsa.

Motif kejadian masih disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: