DUN Paya Jaras peruntuk RM100,000 bantu penduduk terjejas PKP

Mohd Khairuddin (kanan) menyampaikan peruntukan kepada salah seorang wakil penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan di Pusat Komuniti Sungai Buloh Country Resort Fasa 3C di sini hari ini.
Mohd Khairuddin (kanan) menyampaikan peruntukan kepada salah seorang wakil penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan di Pusat Komuniti Sungai Buloh Country Resort Fasa 3C di sini hari ini.
A
A
A

SUAJANA UTAMA - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada seramai 416 penerima membabitkan 37 Jawatankuasa Penduduk (JKP) Saujana Utama bagi membantu penduduk terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, bantuan itu diagih kepada JKP yang kemudiannya diserahkan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, bantuan yang diserahkan itu merupakan bantuan kali kedua di Saujana Utama dalam tempoh PKP yang memasuki fasa ketiga.

"Bantuan yang diberikan ini berbentuk barangan keperluan dapur bagi membantu golongan terjejas sama ada membabitkan hilang mata pencarian atau tidak dibayar gaji sepanjang PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan di Pusat Komuniti Sungai Buloh Country Resort Fasa 3C di sini hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Exco Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor berkata, selain bantuan barangan dapur, pihaknya turut menyerahkan bantuan petroleum cecair (LPG) kepada golongan asnaf.

"Malah, di kawasan tertentu kita juga menyampaikan sumbangan susu kepada anak kecil.

"Manakala sebanyak RM20, 000 pula diperuntukkan kepada Pasukan Bomba Sukarelawan sepanjang PKP ini," katanya.

Artikel Berkaitan: