Wartawan Iran ditahan di AS

Marzieh Hashemi
A
A

TEHERAN - IRAN. Ketua akhbar berbahasa Inggeris di Iran, Press TV pada Rabu mendakwa salah seorang wartawan agensi itu bersama anak lelakinya telah ditahan di Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan tidak dinyatakan.

Marzieh Hashemi kelahiran AS diberkas ketika wanita itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa St Louis Lambert pada Ahad lalu.

"Seperti yang kita sedia maklum, dasar AS yang memerangi keganasan boleh menahan sesiapa sahaja selama beberapa minggu tanpa dikenakan dakwaan. Kami percaya tindakan undang-undang tidak akan berkesan untuk membebaskannya.

"Kami menggesa AS memberi penjelasan tentang dakwaan ke atasnya," kata Payman Jabali di Teheran.

Jelasnya, Hashemi mungkin menjadi sasaran kerana dokumentari yang dihasilkannya tentang aktiviti AS di Timur Tengah, isu Islamofobia dan lain-lain.

Wanita yang sebelum ini memegang nama Melanie Franklin dan telah memeluk Islam itu dilaporkan berkunjung ke AS untuk melawat ahli keluarganya. - AFP