Lelaki bercangkul 'serang' penduduk

Cameron Highland, 16 Januari 2019. Calon Bebas, Wong Seng Yee beramah mesra dengan peniaga-peniaga Kea Garden di Kea Farm. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Cameron Highland, 16 Januari 2019. Calon Bebas, Wong Seng Yee beramah mesra dengan peniaga-peniaga Kea Garden di Kea Farm. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Peniaga dan pengunjung Kea Farm, Tanah Rata petang tadi dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki membawa cangkul.

Bagaimanapun, cangkul yang dibawa bukanlah cangkul sebenar sebaliknya hanya replika dibuat daripada kadbod.

Lelaki yang turut memakai topi mengkuang dan but kuning itu pula ialah calon Bebas bagi PRK Cameron Highlands iaitu Wong Seng Yee.

Ketika ditemui media, Seng Yee berkata, idea tampil dengan replika cangkul itu diilhamkan oleh rakannya sebagai kelainan dalam kempennya.

"Ia mewakili logo saya iaitu cangkul dan juga pekerjaan saya sebagai petani. Pada awalnya ada yang takut kerana sangka ia cangkul sebenar.

"Namun, selepas tahu ia hanya replika mereka memuji keunikan kempen saya," katanya.

Malah, kata beliau, ada warga tua dalam kalangan petani yang tersentuh dengan kempen beliau menggunakan cangkul.

"Cangkul ini ada nilai sentimental kerana begitu dekat dengan diri mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Seng Yee berkata, beliau telah hilang berat badan sebanyak empat kilogram sejak mula berkempen.

"Mungkin sebab saya kurang minum air, tetapi apa pun saya tetap bersemangat jumpa penduduk," katanya.