Saham berkaitan Air Asia susut

Air Asia pada awal bulan ini memaklumkan usaha mendapatkan dana yang dirancang.
Air Asia pada awal bulan ini memaklumkan usaha mendapatkan dana yang dirancang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Capital A Bhd dan AirAsia Group Bhd muncul antara tiga kaunter paling aktif susulan laporan mengenai kemungkinan penglibatan kerajaan dalam operasi Air Asia di pasaran domestik berikutan kebimbangan terhadap kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Pada jam 4 petang, harga saham Air Asia menyusut 13.5 sen atau 21.09 peratus kepada 50.5 sen, dengan 133.84 juta saham diniagakan.

Harga saham Capital A pula berkurangan lima sen atau 18.18 peratus kepada 22.5 sen, dengan 118.57 juta saham bertukar tangan.

Agensi berita asing semalam melaporkan mengenai kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tekanan kewangan Air Asia susulan syarikat itu dilaporkan mempunyai hutang sekurang-kurangnya RM500 juta kepada operator lapangan terbang Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Sementara itu, pada Rabu Bernama melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, Batik Air mampu menambah pesawat dalam tempoh singkat bagi memenuhi atau membantu menampung permintaan pasaran domestik sekiranya diperlukan

Air Asia pada awal bulan ini memaklumkan usaha mendapatkan dana yang dirancang, merangkumi sehingga AS$1 bilion (RM4.1 bilion) melalui pasaran hutang antarabangsa dan RM700 juta dari segi kemudahan kredit tempatan bertujuan terutama untuk menstruktur semula atau membiayai semula hutang dan pengukuhan lembaran imbangan, bukan semata-mata untuk menampung kekurangan dana operasi. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!