Kedudukan Tunku Muhriz: Pas Negeri Sembilan perlu bersuara - Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Pas perlu bersuara mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan perkembangan terbaharu berkaitan kedudukan baginda.

Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Pas mempunyai dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Sembilan dan mereka sepatutnya bersuara mengenai kedudukan Tunku Mukhriz.

"Penyingkiran seorang pemerintah yang sedang memegang takhta merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Perlembagaan negeri mempunyai peruntukan yang menetapkan prosedur untuk berbuat demikian," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku Nadzaruddin

Tindakan Exco Negeri Sembilan umum penurunan takhta Tuanku Muhriz perbuatan derhaka - Aminuddin

Exco Kerajaan Negeri Sembilan tidak boleh atasi UUTKNS - Undang Luak Rembau

[KRONOLOGI] Kemelut takhta Negeri Sembilan

Terdahulu, Exco Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan berkenaan penurunan takhta Tuanku Muhriz.

Artikel Berkaitan:

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, parti berkenaan perlu memastikan bahawa undang-undang telah dipatuhi.

Menurutnya, jika tidak, Tunku Mukhriz masih merupakan Yang di-Pertuan tidak kira sama ada pengisytiharan tersebut dibuat oleh Exco atau Menteri Besar.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!