Samun wanita, lelaki diberkas bersama rantai mangsa

Suspek kini ditahan reman sehingga 20 September untuk siasatan lanjut. Foto hiasan
Suspek kini ditahan reman sehingga 20 September untuk siasatan lanjut. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai menyamun seorang wanita di kawasan Cheras Business Centre, di sini pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa, seorang wanita warga asing berusia lingkungan 30 tahun pada jam kira-kira 8.01 malam.

Menurutnya, mangsa mendakwa disamun seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali di kawasan berkenaan.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melancarkan serbuan pada jam kira-kira 6 petang, 1 September lalu di sekitar ibu negara.

"Hasil serbuan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 30 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sazalee berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, polis turut menemukan semula barang kes iaitu rantai yang dipercayai disamun.

"Barang kes berkenaan dirampas di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

"Saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, manakala semakan lanjut mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 20 September untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!