Nelayan ditemukan lemas 400 meter dari Pulau Batu Layang

Laporan Sinar Harian pada Sabtu
Laporan Sinar Harian pada Sabtu
A
A
A

KANGAR -  Nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Sungai Baru, berhampiran Pulau Batu Layang dekat sini pagi semalam, ditemukan lemas kira-kira 400 meter dari pulau itu hari ini

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata Khairul Amir Bahroom, 33, ditemukan pada 8.25 pagi oleh komuniti nelayan yang memaklumkan perkara itu kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR)

"Pihak operasi menerima maklumat daripada komuniti nelayan dan Bot Benteng 1207 digerakkan untuk mengambil serta membawa mayat ke Jeti Kastam Kuala Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut kira-kira 3.30 pagi semalam selepas memasang bubu untuk menangkap udang bersama-sama abangnya.

Abang mangsa cuba mencarinya namun gagal sebelum kembali ke daratan dan membuat laporan polis. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!