Covid-19: Ratu Elizabeth II batal sambutan ulang tahun ke-94

Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II
A
A
A

LONDON - Ratu Elizabeth II tidak akan mengadakan perayaan khas sempena ulang tahunnya yang ke-94 disebabkan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Baginda turut menitahkan acara tradisi tembakan penghormatan juga dibatalkan dan bendera negara tidak perlu dikibarkan di bangunan kerajaan jika ia boleh menimbulkan masalah.

Ia pertama kali Ratu Elizabeth II bertitah sedemikian selama 68 tahun pemerintahannya.

Baginda dan pewaris takhta Britain, Prince Charles diuji positif Covid-19 pada bulan lalu, tetapi telah sembuh.

Semalam, Jabatan Kesihatan Britain melaporkan jumlah kematian akibat virus itu di United Kingdom seramai 15,464 orang.

Sejak pertama kali dikesan di China Disember lalu, Covid-19 telah mengancam sekurang-kurangnya 185 negara serta wilayah di dunia menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas.

Wabak maut itu sudah meragut lebih 158,600 nyawa dengan lebih 2.3 juta orang dijangkiti, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: