Aguilar terima tawaran City

Kluiverth Aguilar - Foto deppor.com
Kluiverth Aguilar - Foto deppor.com
A
A
A

PEMAIN muda Peru, Kluiverth Aguilar mengesahkan dia menerima tawaran untuk beraksi dengan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City, mulai Mei 2021.

Aguilar berkata, tawaran berkenaan nyata sesuatu yang cukup berharga dan ‘besar’ buat dirinya sebagai seorang pemain bola sepak.

Justeru, menurut pemain pertahanan Alianza Lima berusia 16 tahun itu, dia berharap mampu memberikan aksi terbaik di Etihad kelak.

“Berpindah ke City adalah perkara ‘besar’ dalam karier saya dan saya gembira mereka telah siap menandatangani saya walaupun saya masih pemain Alianza.

"Bagi saya, City adalah sebuah kelab yang penuh dengan pemain ternama, jurulatih dan penyokong mereka yang luar biasa.

“Oleh itu, saya berazam untuk menjadi seorang pemain yang hebat di City dan sentiasa beraksi dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan kelab Alianza Lima berkata, pihak kelab cukup berbangga apabila mengetahui Aguilar bakal berhijrah dan beraksi dengan pasukan yang hebat dalam saingan EPL, kelak.

"Kami di Alianza Lima berbangga apabila salah seorang pemain kami bakal beraksi dengan pasukan paling berprestij di dunia.

"Dengan polisi membawa masuk pemain-pemain berpotensi besar seperti Manchester City melihat Kluiverth Aguilar sebagai antara pemain yang boleh beraksi di peringkat tertinggi,” menurut kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan: