Polis Melaka nafi cuti anggota dibeku

Polis Melaka menafikan sekeras-kerasnya kesahihan satu hantaran tular di laman sosial Facebook yang mendakwa cuti anggotanya dibekukan.
Polis Melaka menafikan sekeras-kerasnya kesahihan satu hantaran tular di laman sosial Facebook yang mendakwa cuti anggotanya dibekukan.
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka menafikan dakwaan cuti bagi semua anggota yang berkhidmat di kontinjen itu dibekukan bermula 20 September 2026 hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular di laman sosial Facebook yang mendakwa cuti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka dibekukan bermula tarikh berkenaan.

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar dan pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kesahihan kenyataan berkenaan.

“PDRM Kontinjen Melaka menafikan sekeras-kerasnya kesahihan kenyataan tersebut.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan berita tidak sahih di media sosial mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu, sebuah ‘page’ di Facebook dalam hantarannya menulis cuti beku bermula dari 20/9/2026 sehingga diberitahu bagi anggota yg berkhidmat di Kontinjen Melaka?

Hantaran yang mendapat 342 tanda suka dan 28 komen itu turut disertakan #hangatkianterasa #PRNMelaka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!