Azeez Rahim sendiri mahu pakai baju lokap, gari - SPRM

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diiringi anggota polis selepas prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diiringi anggota polis selepas prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemakaian baju lokap berwarna ungu dan gari oleh bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu adalah atas kehendak dirinya sendiri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, Azeez sebelum dibawa ke mahkamah sudah dinasihati pegawai SPRM, pegawai polis yang mengiringinya serta peguamnya supaya menukar kepada pakaian biasa.

Menurut SPRM, beliau turut dimaklumkan bahawa pemakaian gari tidak diperlukan.

"Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa pemakaian baju lokap dan gari terhadap beliau bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak, khususnya SPRM," menurut kenyataan itu.

Abdul Azeez yang memakai baju lokap polis berwarna unggu dalam keadaan bergari, dibawa ke kaunter bagi urusan jaminan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.
Abdul Azeez yang memakai baju lokap polis berwarna unggu dalam keadaan bergari, dibawa ke kaunter bagi urusan jaminan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Abdul Azeez dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah 2 di sini untuk prosiding reman berasingan sebelum menghadapi pertuduhan rasuah pada Rabu

Peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Ramat berkata, Azeez, 60, ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman petang Selasa sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung perkara berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!