Empat remaja lemas: Muhammad Adib ditemukan terapung 5km dari lokasi – Polis

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Gambar kecil: Muhammad Adib Hafiy
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Gambar kecil: Muhammad Adib Hafiy
A
A
A

KOTA TINGGI - Mangsa ketiga dilaporkan hilang dalam tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat ditemukan di Tanjung Siang iaitu kira-kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.

Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, dijumpai terapung oleh pasukan penyelamat dan orang awam pada jam 11.15 pagi pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohd Syamsuri Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

“Mangsa dibawa naik ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) jam 11.45 pagi bagi proses pengecaman oleh waris.

“Selepas disahkan waris, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya.

Bapa mangsa tiba di pusat kawalan untuk proses pengecaman.
Bapa mangsa tiba di pusat kawalan untuk proses pengecaman.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua daripada empat remaja berusia 16 tahun itu meninggal dunia selepas lemas.

Mangsa ialah Alif Taqiuddin Kamal Hasrul yang ditemui jam 1.15 petang pada Rabu dan Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor jam 1.53 petang Khamis.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga akan tertumpu kepada mengesan seorang lagi mangsa, Muhammad Haiman Fitri Supian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!