Jahit PPE secara sukarela di rumah

Ruang jahitan yang kecil di rumah tidak menjadi alasan kepada Normaya@Asha Mohd Yatim, 45, untuk menyumbang tenaga menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan kes wabak koronavirus (Covid-19).- Foto Bernama
Ruang jahitan yang kecil di rumah tidak menjadi alasan kepada Normaya@Asha Mohd Yatim, 45, untuk menyumbang tenaga menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan kes wabak koronavirus (Covid-19).- Foto Bernama
A
A
A

POKOK SENA - Ruang jahitan yang kecil di rumah tidak menjadi alasan kepada Normaya@Asha Mohd Yatim, 45, untuk menyumbang tenaga menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan kes wabak koronavirus (Covid-19).

Untuk fasa pertama, Normaya menerima sebanyak 60 helai Non-Woven Material yang telah siap dipotong untuk dijahit katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Tanjung Musang dekat sini.

Normaya mendapat maklumat mengenai keperluan tukang jahit untuk membuat PPE menerusi laman Facebook, sebelum menawarkan khidmatnya secara sukarela untuk menjahit keperluan itu.

Katanya, dia bersama 14 tukang jahit yang lain menyertai kumpulan Whatapps Sukarelawan PPE Alor Setar untuk mempelajari teknik menjahit PPE yang dikongsi melalui rakaman video.

Tambahnya lagi, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain tetapi gembira dapat berkongsi ilmu bersama tukang jahit yang lain dan berharap dapat berkumpul selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya lagi dia 'merasa seronok dapat peluang untuk memberi sumbangan walaupun kecil, baju (tempahan) boleh jahit, masih ada masa' dan dapat membalas jasa kerajaan yang pernah memberi peluang kepadanya memiliki mesin jahit sendiri'.

Untuk menghasilkan jahitan PPE yang kemas dan selesa dipakai, Normaya memasang getah pada bahagian tangan. Peralatan PPE seperti baju, tudung dan shield yang telah disiap kemudiannya dikumpulkan sebelum diedarkan kepada pihak hospital.

Normaya yang mahir menjahit antaranya pakaian lelaki dan wanita, langsir, alas meja serta sarung kusyen, merupakan tukang jahit terlatih yang mendapat bimbingan banyak bengkel anjuran pelbagai agensi di negeri ini. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

The Largest Orange Cats Gathering

No Image Caption
GALERI

Gerai basikal Apam Balik

No Image Caption
GALERI

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

No Image Caption
GALERI

Kompleks Imam al-Bukhari