Mourinho hampir jadi pengurus Liverpool

Mourinho
Mourinho
A
A
A

JOSE Mourinho dikatakan hampir pasti menjadi pengurus Liverpool pada 2004 sebelum Chelsea menawarkan tawaran lebih lumayan untuk mendapatkan khidmatnya.

Bekas penasihat Mourinho, Jorge Baidek berkata, pertemuan membincangkan jawatan Mourinho itu telah diadakan di sebuah hotel di Portugal pada April 2004.

"Mourinho sepatutnya menjadi pengendali Liverpool. Ketua Eksekutif Liverpool ketika itu, Rick Parry menguruskan mengenai perbincangan tersebut dan kami meminta surat perjanjian daripadanya.

"Tetapi, mereka meminta kami menunggu selama 15 hari kerana Gerard Houllier pada ketika itu masih menjadi pengendali Liverpool.

"Namun, kemudiannya Jorge Mendes iaitu ejen kepada Mourinho menawarkan tawaran yang lebih lumayan daripada Chelsea untuk membimbing pasukan itu," katanya.

Menurutnya, Mourinho kemudian mengadakan pertemuan dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich sebanyak dua kali sebelum memutuskan untuk menjadi pengendali The Blues.

Mourinho pada ketika itu menjadi buruan banyak kelab besar selepas cemerlang bersama Porto meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dan kejuaraan liga pada 2004.

Malah, beberapa pemain Liverpool pada ketika itu juga mendedahkan pihak pengurusan kelab pernah memberitahu mereka bahawa Mourinho bakal menjadi pengurus Liverpool.

Artikel Berkaitan:

Bekas pemain tengah The Reds, Danny Murphy pada 2016 juga pernah mendedahkan Rafael Benitez dan Jose Mourinho antara dua pilihan pengendali untuk jawatan tersebut.

"Mourinho terlalu mahukan jawatan di Liverpool. Tetapi, pengurusan Liverpool lebih mahukan khidmat Benitez kerana dia berjaya membantu Valencia memenangi Liga Sepanyol dan Piala UEFA.

"Saya juga tahu Mourinho sangat kecewa dengan keputusan Liverpool itu," katanya.