Pemain Arsenal temui pakar psikologi

Mikel Arteta
Mikel Arteta
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta mengakui kesebelasan anak didiknya menghubungi pakar psikologi pasukan di sepanjang penutupan akses (lockdown) akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Arteta berkata, biarpun mereka (pemain) kini meneruskan latihan bagi mengekalkan kecergasan di kediaman masing-masing, namun mereka tetap memerlukan bantuan dari segi emosi dan psikologi.

Justeru menurutnya, skuad The Gunners itu sememangnya memiliki pakar psikologi pasukan yang memantau dan selalu berhubung dengan pemain.

“Seperti pasukan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pemain kita juga berada di rumah sebagai mematuhi arahan kerajaan dalam usaha menghalang penularan wabak (Covid-19) ini.

“Dalam masa sama, mereka (pemain) juga didapati ada menghubungi pakar psikologi pasukan dipercayai untuk membantu mereka meredakan tekanan yang dihadapi,” katanya.

Tambah Arteta, di sepanjang tempoh lockdown, dia mula mengenali kesebelasan pemain dengan dekat menerusi perbualan video.

Katanya, perkara sedemikian nyata banyak membantunya dalam mengukuhkan lagi persahabatan, komunikasi serta persefahaman sesama mereka (pemain, pengurus).

“Kita sentiasa menghantar video (latihan) dan membuatkan mereka (pemain) sibuk. Sudah tentu kita akan terima maklum balas berbeza daripada individu berlainan

Artikel Berkaitan:

"Namun kita percaya, kaedah itu akan membuatkan mereka (pemain) dan barisan kejurulatihan kita sentiasa berasa dekat dengan kerja,” katanya.

Untuk rekod, skuad The Gunners itu kini berada pada kedudukan kesembilan EPL lima mata di belakang Manchester United apabila sekadar mengumpul dengan 40 mata hasil sembilan kemenangan, 13 seri dan tewas enam kali daripada 29 perlawanan.