Bencana Nepal: UAE peruntuk AS$10 juta bantuan kemanusiaan

Seorang lelaki menyelamatkan barangan miliknya dari rumah yang ditenggelami lumpur selepas banjir kilat melanda kawasan Devighat di daerah Nuwakot, Nepal, pada 27 Ogos 2026. Foto AFP
Seorang lelaki menyelamatkan barangan miliknya dari rumah yang ditenggelami lumpur selepas banjir kilat melanda kawasan Devighat di daerah Nuwakot, Nepal, pada 27 Ogos 2026. Foto AFP
A
A
A

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperuntukkan AS$10 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan segera kepada mereka yang terjejas akibat banjir kilat dahsyat di Nepal, menurut agensi berita negara itu, WAM, pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Bantuan tersebut disalurkan menerusi agensi UAE AID, menurut laporan itu.

Arus air deras melanda Sungai Bhotekoshi di kawasan pergunungan Nepal pada Rabu yang dikatakan berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran puing.

Angka kematian akibat bencana itu mencecah 389 orang dan lebih 660 pelancong dilaporkan hilang. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!