X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur ditahan disyaki hina polis, Sultan Johor, TMJ

A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki memuat naik pernyataan dan status jelek menghina polis, Sultan Johor serta Tunku Mahkota Johor di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia 38 tahun juga seorang penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Lepau, Pengerang kira-kira 12.30 tengah malam tadi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Tangkapan dibuat susulan tindakan lelaki tersebut yang memuat naik beberapa pernyataan dan status jelek menghina polis pada laman Facebook.

“Polis merampas satu telefon bimbit daripadanya dan semakan akaun Facebook tersebut kemudian turut mendapati lelaki itu ada memuat naik pernyataan dan status jelek menghina Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine, tetapi didapati tidak mempunyai rekod jenayah.

"Lelaki itu direman empat hari sehingga Isnin ini untuk disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

"Dia juga akan disuasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menghantar kandungan yang bersifat lucah dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati menerusi Facebook," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!