Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama

Ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini.
Ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini.
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Jumaat kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.0430/0500 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0470 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan AS sedang berusaha untuk meminggirkan Iran dari segi ekonomi dan dijangka akan mengumumkan langkah sedemikian dalam jangka masa terdekat.

Mohd Afzanizam berkata, perkembangan itu telah menyebabkan kenaikan 1.75 peratus harga minyak mentah Brent kepada US$93.22 setong.

"Pada masa sama, kerajaan AS juga sedang mengembangkan usahanya untuk melaksanakan belian balik sekuriti Perbendaharaan AS bagi menyekat peningkatan hasil Perbendaharaan.

"Hasil Perbendaharaan AS 30 tahun meningkat enam mata asas kepada 5.25 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kebimbangan utama adalah bagaimana AS merancang untuk meminggirkan Iran dari segi ekonomi dan sama ada ini akan mencetuskan dasar perlindungan selanjutnya terhadap rakan perdagangan Iran.

Oleh itu, beliau menjangkakan ringgit akan diniagakan antara RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar AS hari ini.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5445/5491 daripada 2.5527/5557 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5159/5254 daripada 5.5164/5225 dan menokok berbanding euro kepada 4.7251/7332 daripada 4.7322/7374 sebelum itu.

Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.1797/1855 dariada 3.1813/1851 ketika ditutup pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 12.3120/3400 daripada 12.3014/3211.

Unit tempatan tidak banyak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 227.8/228.2 berbanding 227.7/228.1 sebelumnya, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.56/6.57 berbanding 6.55/6.57. - Bernama 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!