'Berkurung' dalam bot bungkus dadah

Pemeriksaan dalam bot menemui pelbagai dadah yang akan dibungkus untuk dijual kepada penagih di kawasan Bota. - Foto PDRM
Pemeriksaan dalam bot menemui pelbagai dadah yang akan dibungkus untuk dijual kepada penagih di kawasan Bota. - Foto PDRM
A
A
A

PARIT - Seorang lelaki sanggup 'berkurung' dalam sebuah bot selama seminggu bagi menjalankan aktiviti pembungkusan dadah di tepi Sungai Perak berhampiran pam pasir di Kubang Chandong, Bota di sini hari ini.

Aktiviti lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun terbongkar dalam satu serbuan polis melalui pasukan Op Covid-19 dibantu pasukan rondaan cegah jenayah khas sekitar jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, dalam serbuan itu turut ditemui lebih 400 gram dadah bernilai RM8,500.

“Ketika serbuan, suspek yang disyaki penagih dadah sedang duduk dalam bot berwarna hijau di tepi sungai terbabit.

"Hasil pemeriksaan menemui heroin keseluruhan seberat 318.5 gram dan 81.96 methamphetamine.

“Turut dirampas sebuah alat penimbang dan plastik disyaki untuk membungkus dadah tersebut serta sebuah motosikal jenis Honda RS150 bernilai RM6,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Seorang lelaki menjadikan bot sebagai tempat membungkus dadah meskipun rumahnya hanya terletak kira-kira 1.5 kilometer dari tepi Sungai Perak itu. - Foto PDRM
Seorang lelaki menjadikan bot sebagai tempat membungkus dadah meskipun rumahnya hanya terletak kira-kira 1.5 kilometer dari tepi Sungai Perak itu. - Foto PDRM

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek merupakan pengedar dadah di kawasan setempat dan rumahnya terletak kira-kira 1.5 kilometer dari bot tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasil ujian air kencing mendapati suspek yang bekerja kampung itu positif morfin, selain mempunyai rekod lampau dalam kegiatan curi, pecah rumah dan dadah.

“Suspek akan direman esok bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 serta Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Bota turut ditemui di lokasi serbuan. - Foto PDRM
Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Bota turut ditemui di lokasi serbuan. - Foto PDRM