Lelaki Rusia dihantar ke kedutaan

Gambar lelaki Rusia terbabit yang dimuatnaik di laman Facebook dan tular di Temerloh kelmarin.
Gambar lelaki Rusia terbabit yang dimuatnaik di laman Facebook dan tular di Temerloh kelmarin.
A
A
A

TEMERLOH - Lelaki Rusia yang tular di media sosial sehingga diselamatkan pihak berkuasa semalam tampil mengucapkan terima kasih kepada wanita yang memuat naik gambarnya yang sedang kelaparan menerusi Facebook.

Lizawati Abizar, 33, dari Taman Temerloh Jaya berkata, lelaki berusia 42 tahun itu meninggalkan pesanan melalui peti masuk Facebooknya pagi semalam selain menjelaskan telah berada di Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur.

Lizawati berkata, dia langsung tidak menduga status yang dimuat naik di laman Facebooknya bagi membantu lelaki berkenaan tular sekali gus nasib lelaki itu yang juga seorang jurutera kargo kelahiran Moscow, Rusia mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.

Lelaki Rusia terbabit mengucapkan terima kasih kepada Lizawati kerana memuat naik gambarnya hingga berjaya dihantar ke Kedutaan Rusia hari ini.
Lelaki Rusia terbabit mengucapkan terima kasih kepada Lizawati kerana memuat naik gambarnya hingga berjaya dihantar ke Kedutaan Rusia hari ini.

"Tak sangka juga lelaki itu berjaya menemui saya dan membuat permintaan untuk menjadi kawan di Facebook.

"Apa-apa pun ia bukan kerana saya seorang sahaja tetapi hasil keprihatinan dan tindakan pantas pihak polis yang membantunya," katanya di sini semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Polis Temerloh selamatkan jurutera kargo Rusia

Dalam kejadian semalam, lelaki Rusia terbabit diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran sambil mengadu memerlukan makanan di hadapan sebuah restoran makanan segera di sini.

Artikel Berkaitan: