Helikopter dinaiki 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang

No Image Caption
A
A
A

SUBANG – [KEMAS KINI] Sebuah helikopter meletup sebelum terbakar ketika berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan cedera dan berada di luar pesawat selepas terkena serpihan, manakala empat lelaki warga Ukraine yang terdiri daripada juruterbang, kru dan pembantu juruterbang (co-pilot) berjaya menyelamatkan diri.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tiga kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah helikopter jenis Kamov KA-32 yang nombor pendaftaran dari Ukraine terbakar sepenuhnya.

"Kerja-kerja pemadaman turut dilakukan pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota bomba yang bertugas bagi mengawal kebakaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!